Home Dunia Trump tidak hadir makan malam media

Trump tidak hadir makan malam media

Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memberitahu beliau tidak hadir majlis makan malam Persatuan Media Rumah Putih pada 29 April ini.

Pengumuman itu dibuat melalui Twittter.

“Saya tidak akan hadir pada jamuan makan malam Persatuan Media White House pada tahun ini,” katanya.

Pada kebiasaannya majlis itu dihadiri oleh selebriti, pengamal media dan ahli-ahli politik termasuk Presiden Amerika Syarikat.

Trump membuat kenyataan itu selepas sehari White House mengecualikan beberapa penyiar utama dan akhbar daripada mengikuti taklimat media.

Jumaat lalu, beberapa kumpulan media termasuk BBC, CNN, New York Times, Guardian, Los Angeles Times, Buzzfeed, Daily Mail dan Politico dihalang daripada taklimat rasmi oleh Setiausaha Akhbar White House, Sean Spicer .

Beberapa jam sebelum taklimat itu, Trump telah melepaskan serangan yang menyifatkan “berita palsu” dalam media, melibatkan berita-berita daripada sumber-sumber yang tidak dinamakan.

Tegas Trump, berita-berita palsu adalah musuh kepada rakyat.

Setiap Presiden Amerika Syarikat sejak tahun 1924 menghadiri majlis makan malam itu sekurang-kurangnya sekali, menurut New York Times.

Presiden secara tradisional akan berucap pada malam itu.

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menghadiri majlis itu sebanyak lapan kali. Malah, Trump juga menghadiri makan malam itu sebelum ini. – MalaysiaGazette