Home Dunia Hujan lebat, tanah runtuh jejas bekalan air penduduk Chile

Hujan lebat, tanah runtuh jejas bekalan air penduduk Chile

Air Sungai Maipo yang tercemar akibat hujan lebat dan tanah runtuh. foto Agensi

SANTIAGO – Hujan lebat dan tanah runtuh di Chile telah tercemarkan air sungai utama sehingga memaksa pihak berkuasa untuk memotong bekalan air kepada empat juta orang penduduk di Santiago.

Pegawai berkata, bekalan air dari sungai Maipo yang akan dipotong di kebanyakan bandar sehingga bekalan air disahkan bersih.

Stesen kecemasan ditubuhkan di seluruh bandar bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan air.

Pihak berkuasa mula mengagihkan air botol secara percuma serta mengarahkan restoran dan perniagaan tertutup.

Pegawai juga menangguhkan permulaan sesi persekolahan pada hari Isnin.

Kakitangan kecemasan juga memberitahu, limpahan air dari Andes telah menyebabkan jalan raya ditutup dan beribu-ribu orang terkandas.

Gabenor wilayah Santiago, Claudio Orrego berkata, kira-kira 1.45 juta rumah terjejas dengan pemotongan bekalan air, yang akan dibuat secara keseluruhan atau sebahagian dalam 30 daerah.

“Kami masih tidak tahu bila bekalan air dapat disalurkan semula.

“Kami tidak dapat menjamin semula perkhidmatan itu sehingga kualiti air Sungai Maipo kembali bersih,” ujarnya. – MalaysiaGazette