Home Dunia Soalan peperiksaan bocor, pengambilan askar ditangguhkan

Soalan peperiksaan bocor, pengambilan askar ditangguhkan

Pengambilan tentera India ditangguhkan selepas kertas soalan peperiksaan bocor. foto Agensi

NEW DELHI – Tentera India telah membatalkan peperiksaan bagi pengambilan kakitangan di enam pusat di barat negara ini selepas kertas soalan dilaporkan bocor.

Ujian itu sepatutnya dijadualkan berlangsung di seluruh India.

Tetapi ujian di Kamptee, Nagpur, Ahmednagar, Ahmedabad, Goa dan Kirkee telah ditangguhkan.

Lebih daripada 300 calon sedang disoal siasat berhubung kebocoran itu, kata pegawai.

Di samping itu, 18 orang yang lain telah ditangkap di Maharashtra dan Goa.

Pegawai tentera berkata, perintah siasatan dalaman telah dikeluarkan.

Polis berkata, pelajar mendakwa telah diberikan kertas soalan terlebih dahulu oleh pihak-pihak yang berkaitan dengan institusi latihan.

Peperiksaan itu dijalankan bagi pengambilan jawatan peringkat rendah dalam tentera India seperti askar-pedagang dan kerani. – MalaysiaGazette