LONDON – Arsene Wenger menunjukkan komitmen tingginya bersama Arsenal dia dilaporkan menolak tawaran bernilai £30 juta (RM165.06 juta) setahun di China.

Menurut Mail Onlone, kelab yang tidak dinamakan di China berminat bersedia untuk mengambilnya sebagai pengurus di sana.

Bagaimanapun, Wenger yang berusia 67 tahun tidak berminat dengan tawaran itu walaupun kontraknya akan berakhir pada musim panas ini.

Baru-baru ini,  Wenger dikatakan mahu kekal di Eropah sekiranya beliau meninggalkan Arsenal pada musim panas ini.

Liga Super China kcuba untuk memikat Wenger sebagai penambahan kepada pengurus pasukan berprofil tinggi seperti Manuel Pellegrini, Luiz Felipe Scolari dan Andre Villas-Boas. –