Rusli Zaman

KUALA LUMPUR – Kita generasi yang tidak sempat melihat kehebatan perjuangan Rasulullah SAW menegakkan agama Islam di depan mata.

Malah aura perjuangan Islam yang diteruskan oleh para sahabat baginda pun jauh daripada zaman kita.

Selain panduan al-Quran dan sunnah yang tinggal kepada kita adalah kitab-kitab, artifak, peralatan perang dan teknologi zaman itu.

Aura daripada peninggalan itu bagaimanapun dapat diambil menyemarakkan semangat jihad dan rasa cinta kepada Nabi dan sahabat.

Atas dasar minat dan jihad, Dubaiz Islamic Concept (DIC) Sdn. Bhd. merancang satu reformasi baharu dalam pameran sejarah dan artifak Islam dan perjuangan bangsa Melayu.

WhatsApp Image 2017-03-01 at 12.01.44 PM

IMG-20170305-WA0031

Pengasasnya, Datuk Seri Dr. Rusli Zaman berkata, sebagai permulaan, DIC menganjurkan Pameran Senjata Peperangan 1,400 Tahun dan Artifak Tokoh Cendekiawan Islam di Kelantan dengan kerjasama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai esok.

Pameran selama empat hari di MRSM Pengkalan Chepa itu merupakan permulaan pihaknya memberi pendedahan kepada umum menghayati sejarah perjuangan Islam.

“Ia (pameran di MRSM Pengkalan Chepa) merupakan permulaan kepada kami menganjurkan pameran pada skala yang lebih besar ke seluruh negara atau peringkat antarabangsa pada masa depan,” ujarnya kepada Malaysia Gazette baru-baru ini.

Menurut Rusli, pelawat yang hadir pada pameran itu berpeluang menyaksikan Pedang Saidina Umar al -Khatab, Saidina Abu Bakar, Saidina Hamzah dan Khalid Al Walid.

Selain itu koleksi baju perang sahabat Nabi SAW juga ada dipamerkan selain peralatan senjata Islam dari Parsi, Monggol dan pada zaman Kesultanan Melayu.

Salah satu pedang sahabat Nabi Muhammad pada Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.
Salah satu pedang sahabat Nabi Muhammad pada Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.

Duit emas Raja Melayu Islam Nusantara, Pinggan yang ditulis ayat al-Quran pada kurun ke-11, kitab-kitab tulisan tangan, jam matahari, peralatan penulisan serta pembedahan zaman kegemilangan Islam juga ada dalam pameran yang sama.

“Ada juga glob besar, kipas emas dari Kerajaan Riau Lingga dan peralatan astronomi dipamerkan,” kata Rusli lagi.

Salah satu peralatan penulisan (rehal) tokoh Islam pada Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.
Salah satu peralatan penulisan (rehal) tokoh Islam pada Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.

Walaupun pengunjung dikenakan tiket (antara RM5 hingga RM10) namun pengalaman menyaksikan bahan dalam pameran itu jauh lebih berharga dan ‘mahal’.

Salah peralatan senjata lama di Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.
Salah peralatan senjata lama di Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.

Lagi pun kos sewa, insuran dan keselamatan barangan berharga itu jauh lebih besar daripada keuntungan tiket yang bakal diperoleh.

Salah satu senjata empayar Islam di nusantara pada Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.
Salah satu peralatan pembedahan Ibnu Sina pada Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.

Para pelawat juga boleh melihat pameran kraftangan, pertandingan pidato selain terlibat dalam aktiviti memanah dan cabutan bertuah diadakan sepanjang hari pameran.

Glob zaman kegemilangan Islam pada Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.
Glob zaman kegemilangan Islam pada Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.

Mereka juga boleh membeli-belah di gerai jualan disediakan.

Apa yang penting, menurut Rusli, pameran itu dapat membangkitkan semangat jihad orang Islam dan menjadikannya inspirasi memartabatkan agama Islam dalam perjuangan pada masa sekarang.

Salah satu kapak dalam Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.
Salah satu kapak dalam Pameran Senjata Peperangan 1, 400 Tahun Dan Cendekiawan Islam di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan.

“Apa yang penting roh jihad Islam dapat diserap dan menambahkan ilmu kepada pelawat daripada terpengaruh dengan keganasan yang berselindung atas nama agama Islam,” katanya.-MalaysiaGazette