Che Kam bersama trofinya selepas merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada malam Anugerah Kaseh Tribute P.Ramlee di Auditorium Perdana Angkasapuri, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 04 MAC 2017.

KUALA LUMPUR : Telefilem Redhaku Untukmu menyapu tiga anugerah selain anugerah utama Telefilem Terbaik pada majlis Anugerah Kaseh Tribute PRamlee.

Dira Abu Zahar selaku pengarah turut membawa pulang Anugerah Pengarah Terbaik.

Anugerah disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Syarifah Sakinah membuat kejutan apabila diumumkan sebagai Pelakon Wanita terbaik melalui telefilem ini.

Selain itu Iedil Putra membawa pulang anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Redhaku Untukmu.

Pesaing terdekat adalah telefilem arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba melalui telefilem berjudul Sri Bulan.

Shuhaimi membawa pulang anugerah Skrip Terbaik.

Aida Khalida melalui Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Che Kem selaku Pelakon Lelaki Terbaik turut berjaya dengan telefilem Sri Bulan.

Junaimeramfizal Rahmat pula membawa pulang Anugerah Sinematografi Terbaik melalui telefilem Saling.

Sebanyak 15 telefilem dipertandingkan dan bersaing bagi merebut anugerah malam ini.

Telefilem yang dipertandingkan adalah adaptasi dari karya seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Penganjuran buat kali ketiga ini disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri, ibu negara.

Majlis diacarakan Awal Ashari dan Scha Al Yahya.

Diserikan penghibur Syamel, Zarul, Ernie Zakri, Azharina Azhar, Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Kaseh Tribute PRamlee:

Pelakon lelaki terbaik
Che Kem – Sri Bulan

Pelakon wanita terbaik
Sharifah Sakinah – Redhaku Untukmu

Pelakon pembantu wanita terbaik
Aida Khalida – Sri Bulan

Pelakon pembantu lelaki terbaik
Iedil Putra – Redhaku Untukmu

Skrip terbaik
Datin Paduka Shuhaimi Baba – Sri Bulan

Sinematografi terbaik
Junaimeramfizal Rahmat -Saling

Pengarah terbaik

Dira Abu Zahar – Redhaku Untukmu

Telefilem terbaik
Redhaku Untukmu

Anugerah khas juri
Kembara Nak Dara – MalaysiaGazette