Reezal Merican Naina Merican.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan seramai 11 warganegara Malaysia tidak dibenarkan keluar dari Pyongyang pagi ini dan mereka semua berada dalam keadaan selamat.

Reezal Merican memberitahu pihak Wisma Putra sudah menghubungi rakyat Malaysia yang berada di lapangan terbang Korea Utara semasa larangan keluar itu dibuat.

Menurutnya lagi, 11 rakyat Malaysia itu terdiri daripada tiga kakitangan dan pegawai kedutaan Malaysia di Korea Utara, sementara dua lagi pekerja dibawah program bantuan makanan sedunia PBB dan selebihnya adalah ahli keluarga kakitangan.

Reezal Merican berkata pihak Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung status semua rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan keluar.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan mengenai rakyat Malaysia yang tidak dibenar meninggalkan Pyongyang pagi tadi, ia selepas pengusiran Duta Korea Utara Ke Malaysia, Kang Chol semalam. – MalaysiaGazette