WASHINGTON – Agensi-agensi Persekutuan Amerika Syarikat telah melancarkan siasatan jenayah selepas kontraktor Pusat Agensi Perisikan (CIA) menyerahkan dokuman menggunakan alat penggodam agensi itu kepada WikiLeaks.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat, Biro Siasatan Persekutuan dan CIA telah menyelaraskan siasatan itu selepas Wikileaks menerbitkan beribu-ribu fail.

Siasatan itu dijalankan selepas CIA didakwa membangunkan cara-cara untuk mendengar pada telefon pintar dan TV pintar mikrofon.

CIA, FBI dan White House enggan mengulas mengenai keaslian kebocoran fail-fail tersebut.

Menurut maklumat, penggodam CIA boleh memasuki iPhone Apple, peranti yang menggunakan perisian Android dan gajet lain untuk merakam teks atau mesej suara sebelum diubah suai ke dalam bentuk kod yang menggunakan aplikasi canggih.

Jurucakap CIA berkata, warga Amerika dalam keadaan kebimbangan dengan pendedahan WikiLeaks yang boleh menjejaskan komuniti perisikan yang melindungi negara itu daripada pengganas dan musuh lain.

“Pendedahan seperti ini bukan sahaja menjejaskan kakitangan dan operasi di Amerika Syarikat, tetapi juga melengkapkan musuh kita dengan peralatan dan maklumat yang membahayakan kita,” katanya.

CIA kini berhadapan dengan masalah besar berhubung dakwaan tersebut.

Agensi perisikan itu belum mengesahkan sama ada dokumen-dokumen yang bertarikh antara tahun 2013 hingga 2016 adalah benar.

Tetapi salah seorang daripada bekas ketuanya melahirkan kebimbangan dengan penerbitan itu.

“Jika apa yang saya telah baca adalah benar, maka ini seolah-olah menjadi kebocoran sangat merosakkan dari segi taktik, teknik, prosedur dan alat-alat yang digunakan oleh Agensi Perisikan Pusat untuk menjalankan perisikan asing yang sah,” kata bekas pengarah CIA, Michael Hayden kepada BBC.

“Dalam erti kata lain, ia membuat negara saya dan rakan-rakan negara saya kurang selamat,”. – MalaysiaGazette