Kim Han-sol

SEOUL – Anak lelaki Kim Jong-nam, yang percayai dibunuh atas arahan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mungkin menjadi sasaran seterusnya, menurut laporan berita Jepun yang memetik bekas diplomat tertinggi Korea Utara.

“Di sebalik semua ini, terdapat keinginan Jong-un untuk memperkukuhkan kesahihannya (kuasa) sebagai pemimpin,” kata laporan berita Jepun itu yang memetik bekas Timbalan Duta Korea Utara ke United Kingdom itu berkata pada satu mesyuarat dengan wakil Jepun di Seoul hari ini.

Thea merujuk kepada pembunuhan Jong-nam yang merupakan abang tiri kepada pemimpin Korea Utara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

“Kim Jong-nam merupakan halangan paling besar kepada Pengerusi Kim untuk mengejar kuasa jangka panjang dalam masyarakat Korea Utara yang dipengaruhi budaya Confucius.

“Penerimaan Kim Jong-nam oleh media asing melalui temubual telah meningkatkan kemungkinan kehadirannya diketahui dalam Korea Utara, membebankan Jong-un,” katanya seperti yang dilaporkan Yonhap.

Anak Jong-nam, Kim Han-sol, 22,  ‘pada pandangan Jong-un adalah insan yang tidak boleh bertolak ansur’.

“Ia kekal dilihat bagaimana memungkinkan kelangsungan (survival) akan dilakukan,”.

Komen Thae menyusul sehari selepas Han-sol muncul dalam rakaman dalam talian di lokasi yang tidak dikenalpasti. Dalam video YouTube berdurasi selama 40 saat, lelaki muda berpakaian hitam itu berkata, kini dia bersama ibu dan adik perempuannya.

Agensi perisikan Korea Selatan mengenalpasti lelaki itu sebagai anak Jong-nam.

Kerajaan Malaysia telah meminta ahli keluarga Jong-nam tampil untuk mengecam mayat yang kini berada di Kuala Lumpur namun tiada seorang pun yang menuntut mayat itu kerana khuatir nyawa mereka terancam.