Tian Chua

PETALING JAYA – Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana menghina kehormatan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) April 2013 lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Yasmin Abdul Razak menjatuhkan hukuman denda RM3,000 keatas Tian Chua setelah pihak pendakwaan membuktikan kes terbabit melampaui keraguan munasabah.

Ahli Parlimen Batu itu didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan sejak 2014.

Tian Chua didakwa mengeluarkan kata-kata mengaibkan kehormatan anggota polis berkenaan.

Atas hukuman terbabit, Tian Chua boleh dilucutkan sebagai Ahli Parlimen kerana disabitkan kesalahan melebihi denda RM2,000.

Malah peluang untuk Tian Chua mempertahankan Parlimen Batu juga dilihat tipis sekiranya rayuan kes beliau ditolak. -MalaysiaGazette.

Comments are closed.