Jookowi bersama Susilodi Istana Merdeka di Jakarta semalam.

JAKARTA – Pertemuan antara Presiden Indonesia, Jokowi dan bekas presiden, Susilo Bambang Yudhoyno di sini semalam menggambarkan hubungan mesra mereka walaupun sebelum ini agak tegang.

Selepas menikmati makan tengahari, kedua-duanya menyambung perbualan selama tujuh minit di beranda Istana Merdeka.

Menurut Jokowi, mereka berbincang banyak perkara termasuk politik dan isu-isu ekonomi.

Susilo juga memuji Jokowi yang menerima lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan menjadi tuan rumah kepada 20th Indian Ocean Rim Association (IORA) Summit di Jakarta.

Beliau juga menganggap pertemuan dengan Jokowi untuk tujuan mendapatkan pencerahan dan kedua-dua mereka mahukan yang terbaik untuk Indonesia.

“Kami berbincang mengenai bagaimana untuk pergi lebih jauh. Menyedari perlunya negara ini berpandukan Pancasila dan melindungi semua rakyat.

“Dia (Jokowi) menyatakan komitmen untuk membina negara seperti bekas-bekas presiden terdahulu,” katanya dalam sidang media bersama seperti dipetik dari Jakarta Post hari ini.

Menurut Susilo, sebelum ini beliau berhasrat menemui Jokowi namun niatnya dihalang oleh orang-orang di sekeliling Jokowi.

Susilo sebelum itu banyak mengkritik kepimpinan Jokowi terutama semasa pemilihan gabenor Jakarta yang turut melibatkan anaknya, Harimurthi bertanding.-MalaysiaGazette