Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (tengah) berbual dengan sebahagian ahli keluarga kakitangan kedutaan Malaysia yang tidak dibernarkan meninggalkan Korea Utara sambil diiringi Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad (kanan) semasa sidang media di Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 MAC 2017
KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengadakan rundingan rasmi dengan Korea Utara dalam masa terdekat bagi membawa pulang sembilan kakitangan kedutaan yang dilarang meninggalkan negara repubik itu sejak 6 Mac lalu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ia merupakan rundingan rasmi yang pertama akan diadakan kerajaan Malaysia dengan Pyongyang, bagaimanapun lokasi rundingan rasmi masih belum ditetapkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bercakap dalam sidang media di Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 MAC 2017
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman bercakap dalam sidang media di Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 MAC 2017
“Sebelum ini kita telah mengadakan perbincangan tidak rasmi secara dalaman sebanyak tiga kali melibatkan kementerian, Ketua Setiausaha dan agensi berkaitan mengenai kajian serta kaedah untuk membawa pulang kakitangan Malaysia.

“Mesyuarat dalaman itu termasuklah perbincangan mengenai rundingan rasmi dengan Korea Utara.

“Kita tidak meletakkan tempoh masa tertentu untuk membawa pulang kakitangan kita tetapi kita mengambil segala langkah terbaik untuk memastikan mereka dibawa balik ke sini dengan segera,” katanya dalam sidang media di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) di sini.

Terdahulu, Anifah mengadakan perjumpaan tertutup bersama seramai 11 ahli keluarga kakitangan kedutaan yang terperangkap di Pyongyang.

Menurut beliau, kesemua ahli keluargan yang ditemui membangkitkan kebimbangan tentang soal keselamatan dan kesihatan ahli keluarga mereka di sana.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (tengah) berbincang dengan sebahagian ahli keluarga kakitangan kedutaan Malaysia yang tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara sambil diiringi Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad (empat kanan) semasa sidang media di Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 MAC 2017
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (tengah) berbincang dengan sebahagian ahli keluarga kakitangan kedutaan Malaysia yang tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara sambil diiringi Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohamad (empat kanan) semasa sidang media di Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 11 MAC 2017
Beliau menyarankan ahli keluarga kakitangan yang terlibat supaya terus berdoa dan bersemangat memberi sokongan kepada kesemua yang masih terperangkap di Pyongyang.

Dalam perkembangan sama, Anifah Aman mengakui Malaysia juga menerima tawaran daripada beberapa negara luar untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian tersebut.

Namun katanya, Malaysia buat masa sekarang tidak memerlukan kerjasama itu dan menghargai kesediaan merekauntuk membantu.

“Perbincangan diadakan dengan Kedutaan Korea Utara di sini secara diplomatik, jadi ketika ini orang tengah tidak diperlukan,” katanya.

Ujarnya, keselamatan dan membawa pulang kesemua kakitangan menjadi keutamaan oleh itu, kerajaan Malaysia sentiasa berhubung dengan kerajaan Korea Utara menerusi kedutaannya di sini dan mereka menjamin keselamatan warga Malaysia di sana dilindungi.

“Wisma Putra aka terus berkomunikasi dengan ahli keluarga untuk berkongsi perkembanga terkini dari semasa ke semasa dan Duta kita Mohamad Nizan Mohamad terus berhubung dengan ahli keluarga dalam menyediakan maklumat terbaharu.

“Dalam hal ini tiada sebab untuk kita tidak meneruskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara sekiranya kesemua sembilan kakitangan kita (di Pyongyang) pulang dengan selamat,” tegasnya lagi.

Pada 7 Mac lalu, Korea Utara telah melarang 11 kakitangan Kedutaan Malaysia di Pyongyang meninggalkan negara itu buat sementara waktu sehingga kes pembunuhan abang tiri pemimpin negara itu, Kim Jong-nam diselesaikan sepenuhnya.

Sebagai tindak balas Malaysia pada hari yang sama menyekat warga Korea Utara di Malaysia meninggalkan negara ini

Dua rakyat Malaysia yang bekerja dengan Program makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Stella Lim dan Nyanaprakash Muniandy di Korea Utara selamat tiba di Beijing, Khamis lalu. – MalaysiaGazette