LONDON – Cristiano Ronaldo dilaporkan sedang menghitung hari menanti kelahiran anak keduanya tidak lama lagi.

Memetik laporan Mirror Daily, Ronaldo dikatakan bakal mendapat anak kembar daripada seorang ibu tumpang berasal dari Amerika Syarikat.

“Cristiano dan keluarga tidak sabar lagi menanti kelahiran anggota baru mereka.

“Dia selalu merahsiakan kehidupan peribadinya tapi dia sudah memberitahu kepada orang-orang yang rapat dengannya mengenai bakal anak kembarnya.

“Bayi-bayi lelaki itu dikhabarkan akan lahir tidak lama lagi,” kata seorang sumber kepada Mirror Daily.

Menurut sumber itu, Ronaldo merancang untuk menerbangkan anak-anaknya itu ke Sepanyol selepas kelahiran mereka.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada Ronaldo.

Terdahulu, seorang anak lelaki diberi nama, Cristiano Jr, yang lahir pada 2010.

Kelahiran Cristiano Jr juga dipercayai melalui ibu tumpang yang hingga kini identitinya di rahsiakan.

Sementara itu, Ronaldo juga sedang menjalin hubungan dengan model berusia 23 tahun, Georgina Rodriguez. – MalaysiaGazette