LONDON – Pengurus Chelsea, Antonio Conte diminta membuat pilihan siapa lebih hebat antara Paul Pogba dan pemainnya, N’Golo Kante.

Namun dia tidak dapat memberi jawapan untuk untuk menamakan salah seorang pemain itu.

Bercakap kepada laman web Chelsea, Conte berkata, Pogba dan Conte adalah dua pemain yang berbeza dengan ciri-ciri yang berbeza.

“Ia amat sukar untuk cuba membandingkan Paul dan N’Golo.

“Dua pemain utama tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza,” katanya kepada www.chelseafc.com. –

Kante kini meneruskan prestasi terbaiknya bersama Chelseamusim ini selepas menampilkan persembahan cemerlang bersama Leicester City
. – MalaysiaGazette.