Jose Mourinho.

LONDON – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho tampil menjelaskan mengenai sorakan cemuhan penyokong Chelsea kepadanya di Stamford Bridge ketika saingan suku akhir Piala FA pagi tadi.

Bekas pengendali The Blues menyindir bekas penyokong yang pernah memujanya itu bahawa dia masih bekas pengurus nombor di kelab itu.

“Mereka boleh memanggil apa sahaja yang mereka mahu dan saya adalah seorang yang professional dan mempertahankan kelab saya.

“Sehingga sampai masanya apabila mereka memiliki seorang pengurus yang memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat mereka, saya adalah yang nombor satu.

“Apabila mereka memiliki pengurus yang menjuarai empat kejuaraan liga buat mereka, saya kemudiannya menjadi nombor dua. Namun sehingga setakat ini, Judas adalah yang nombor satu,” katanya secara sinis.

Judas merujuk kepada seseorang yang membelot sempena nama Judas Escariot iaitu seorang figura yang mahsyur dalam kisah sejarah Nabi Isa/ Jesus kerana bertindak belot terhadap Nabi Isa AS. – MalaysiaGazete