Pengadil perlawanan Michael Oliver dikepung pemain manchester United. - Foto: BBC.com

LONDON – Manchester United didenda oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) kerana gagal mengawal tingkah laku pemainnya semasa perlawanan Suku Akhir Piala FA Emirates menentang Chelsea Isnin lalu.

Dalam aksi itu, Chelsea menang tipis 1-0 menerusi hasil jaringan bekas pemain Leicester City, Kante.

Perlawanan itu kecoh seketika setelah pengadil perlawanan Michael Oliver dikepung beberapa pemain the Red Devils.

Oliver dibantah keputusannya selepas pemain tengah Ander Herrera diarah keluar padang 10 minit sebelum babak pertama berakhir.

Pemain Sepanyol itu dibuang padang selepas didakwa menerjah keras Eden Hazard untuk kali kedua.

Tiada tindakan susulan akan diambil ke atas Marcos Rojo yang menerjah Hazard.

Skuad Jose Mourinho diberi masa sehingga Jumaat ini untuk menjawab dan merayu atas hukuman yang dikenakan oleh FA.- MalaysiaGazette