Grizz, anjing yang dibunuh selepas ia terlepas ke landasan pesawat di Lapangan Terbang Auckland.

NEW ZEALAND – Seekor anjing yang terlepas di landasan terpaksa ditembak mati selepas ia menyebabkan beberapa penerbangan tertangguh.

Sebanyak 16 penerbangan domestik dan antarabangsa telah ditangguhkan atas sebab-sebab keselamatan di lapangan terbang paling sibuk di negara itu.

Anjing yang diberi nama Grizz itu didakwa berlegar-legar selama tiga jam di kawasan landasan, kata jurucakap Lapangan Terbang Auckland, Lisa Mulitalo.

“Anjing itu jelas dalam keadaan ketakutan dan tidak memberi peluang kepada sesiapa mendekatinya, lantas keputusan menembak anjing itu dilakukan.

Anjing yang berusia 10 bulan itu daripada baka Collie dan Pointer Cross Jerman berbulu pendek didakwa dilatih bagi mengesan bahan letupan,” kata jurucakap Perkhidmatan Keselamatan Penerbangan New Zealand, Mike Richards. – MalaysiaGazette