Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata calon Speaker and Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah sudah dikenalpasti.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini menafikan parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan menerusi penyertaan anggota Parlimen daripada UMNO.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yakin penyertaan parti itu ke dalam Pakatan Harapan (PH) memberikan nilai tambah kepada gabungan pembangkang.

Malah katanya, parti itu sebulat suara menyambut baik keputusan PH yang sudi menerima kemasukan mereka sebagai ahli baharu dalam menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

“Kita harap kita dapat bergerak sebagai satu pasukan, walaupun sebelum ini kita bergerak bersama tapi PPBM dilihat sebagai sebuah parti yang sekadar bekerjasama dengan PH tetapi tidak sebahagian (gabungan).

“Yang diakui semua pihak termasuk rakan-rakan di PH ialah keupayaan PPBM untuk menarik sokongan dari kalangan ahli dan penyokong. Itu nilai tambah kami dalam gabungan ini,” katanya lapor portal Antarapos.

Hari ini, permohonan PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan diterima secara rasmi oleh gabungan pembangkang itu selepas keputusan dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di Parlimen hari ini.

Kata putus itu diumumkan selepas mesyuarat gabungan pembangkang dengan dihadiri pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Namun bagaimanapun tidak kelihatan wakil PPBM yang hadir semasa mesyuarat itu.

“Sekretariat PH akan mengutus surat kepada PPBM untuk memaklumkan perkara tersebut,” ujar PH dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Mengulas mengenai itu, Mukhriz berkata, persetujuan itu amat dinanti-nantikan PPBM yang sedia bersama PH berbanding Pas.

“Itu yang kita harap-harapkan, dan kita ucap terima kasih di atas kesediaan pucuk kepimpinan PH untuk menerima penyertaan PPBM,” katanya lagi.

PPBM pada Selasa lalu, menyatakan pendirian secara rasmi untuk menyertai PH dengan syarat bernaung dibawah satu logo dan mengemukakan satu calon dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. -MalaysiaGazette.