Ismail Mohamed

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed bersedia untuk berhadapan dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pagoh dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau yang juga Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu juga menyatakan kesediaan untuk diletakkan sebagai calon Parlimen Pagoh atau mengekalkan kerusinya sebagai ADUN Bukit Serampang, bergantung kepad percaturan parti.

Ismail juga yakin, siapa pun calon diletakkan di kawasan terlibat, masyarakat di situ akan terus memberi kepercayaan kepada UMNO pada PRU akan datang.

“Kita percaya masyarakat akan memiliih UMNO dan ink kerana majoriti masyarakat di situ menolak pendirian PPBM yang dilihat cenderung untuk menjalin kerjasama dengan pembangkang,” katanya selepas Majlis Perasmian Penutupan Seminar Pertanian Bandar 2017, di sini hari ini.

Tambah Ismail yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi negeri, penubuhan parti baharu itu tidak menjejaskan kedudukan UMNO bagi kawasan berkenaan.

Beliau berkata, UMNO mempunyai lebih 200,000 di Pagoh dan hanya sekitar 2,000 orang sahaja yang melompat parti. – MalaysiaGazette