AirAsia
AirAsia

KUALA LUMPUR – AirAsia X Berhad menawarkan 8,888 kerusi promosi dengan harga tiket serendah RM188 sehala bagi penerbangan terusnya ke Wuhan, China.

Syarikat penerbangan jarak jauh itu berkata, tiket promosi boleh dibeli melalui airasia.com atau aplikasi mobil dengan tempoh penerbangan segera sehingga 30 Jun 2017.

Penumpang yang menaiki penerbangan pertama dari Kuala Lumpur ke Wuhan hari ini menerima layanan istimewa daripada pengurusan AirAsia X di klia2 serta boleh menikmati hiburan dalam penerbangan dan buah tangan menarik.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benyamin Ismail berkata, Wuhan adalah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati.

“Pengunjung boleh menikmati destinasi menarik di Wuhan seperti tempat bersejarah dan lokasi-lokasi indah berlatar belakangkan alam semulajadi.

Terletak di tengah China, Wuhan adalah sebuah hab pengedaran kepada banyak industri.

Jadi kami yakin, Wuhan mampu menarik bukan sahaja penumpang pelancongan malah ahli perniagaan,”katanya.- MalaysiaGazette