Pasukan keselamatan meningkatkan kawalan keselamatan berikutan insiden serangan di luar Parlimen Britain yang mengakibatkan seorang wanita maut dan berpuluh yang lain cedera.

Meskipun keadaan masih kelam kabut dan fakta berhubung kejadian serangan berhampiran Parlimen Britain itu masih kabur, media The Guardian mengumpulkan beberapa maklumat sahih.

  1. Seorang anggota polis telah ditikam manakala tertuduh yang didakwa melakukan perbuatan tersebut telah ditembak polis dalam kejadian di kawasan Parlimen Britain.

  2. Gambar-gambar yang menunjukkan keadaan di Jambatan Westminster selepas ia dilanggar sebuah kereta mula dikeluarkan.

  3. Footage menunjukkan sebuah kereta melanggar pagar berhampiran kompleks Parlimen.

  4. Satu lagi imej yang diambil daripada dalam bangunan Palace of Westminster menunjukkan pasukan paramedik sedang merawat seseorang di dalam kawasan Old Palace Yard sambil dikawal pasukan keselamatan.

  5. Scotland Yard berkata serangan tdi Westminster itu dianggap “sebagai insiden keganasan sehingga kami membuktikan sebaliknya”.

  6. Dewan Rakyat dikunci dengan kebanyakan ahli Parlimen terpaksa duduk di kawasan tersebut selepas sidang ditangguhkan.

  7. Ketua Dewan Rakyat, David Lidington mengesahkan kepada ahli Parlimen bahawa terdapat insiden serius di dalam kawasan Parlimen.

  8. Beberapa minit selepas insiden sebuah helikopter perkhidmatan kecemasan mendarat di Dataran Parlimen. Pasukan perubatan ambulans udara merawat mangsa di kawasan Old Palace Yard dan di Jambatan Westminster.

  9. Perdana Menteri, Theresa May berjaya diselamatkan dan dibawa keluat daripada bangunan Dewan Rakyat.

10.Seorang wanita mati dan ramai lagi yang tercedera di dalam serangan Westminster.

-MalaysiaGazette