Orang ramai memberi bantuan kepada salah seorang mangsa serangan di London pada Rabu lalu. foto Agensi

LONDON – Seorang lelaki ditahan di Birmingham susulan serangan pengganas di Westminster yang mengorbankan empat nyawa.

Polis Metropolitan berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan untuk siasatan terlibat merancang tindakan keganasan.

Sebelum ini, polis telah menahan seorang lelaki berusia 58 tahun di Birmingham. Lelaki ini msih dalam tahanan.

Dalam serangan itu, suspek, Khalid Masood, 52, telah membunuh tiga orang awam selepas memandu secara melulu di kawasan pejalan kaki. Beliau kemudian bertindak menikam seorang polis yang bertugas di luar Parlimen sebelum dia ditembak mati.

Serangan itu mengambil masa dalam 82 saat.

Sabtu lalu, polis percaya Masood bertindak bersendirian dalam kejadian Rabu lalu namun masih mengenal pasti sama ada tindakannya itu dipengaruhi oleh propaganda pengganas. – MalaysiaGazette