KUALA LUMPUR – Harga minyak turun antara antara sembilan sen seliter hingga 19 sen seliter berkuatkuasa 30 Mac hingga 4 April ini.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh, harga RON95 turun sebanyak 17 sen seliter kepada RM2.13 seliter berbanding RM2.30 seliter ketika ini manakala RON97 turun sebanyak 19 sen seliter kepada RM2.41 seliter daripada RM2.60 seliter.

Harga baharu diesel ialah RM2.11 seliter, turun sebanyak 9 sen seliter berbanding RM2.10 seliter sebelum ini.

Pada 22 Mac lalu, kerajaan memutuskan untuk mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan, iaitu pada setiap Rabu, bermula jam 12.01 tengah malam bagi menggantikan mekanisme pengumuman secara bulanan.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan bermula pada Disember 2014.

Selain itu, harga biodiesel B7 ialah RM2.11 seliter manakala harga disel Euro5 ialah RM2.21 seliter. – MalaysiaGazette