Pasukan penyelamat sedang memadam kebakaran di bangunan Pentagon selepas dirempuh pesawat pada 11 September 2011.

WASHINGTON – Gambar-gambar yang diambil selepas serangan 11 September 2001 telah muncul semula di laman web Biro Siasatan Persekutuan (FBI) selepas enam tahun ia hilang.

Sebanyak 27 imej menunjukkan anggota bomba sedang memadam kebakaran serta pasukan pemulihan dan penyiasat berada di runtuhan-runtuhan itu.

Pesawat American Airlines 77, dalam perjalanan dari Virginia ke Los Angeles telah merempuh bangunan di Pentagon itu kira-kira 9.37 waktu tempatan.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, pesawat itu terhimpit antara tingkat pertama dan kedua Pentagon dan mengorbankan 184 orang.

Jurucakap FBI, Jillian Stickels berkata, gambar-gambar itu kali pertama dikeluarkan atas talian pada tahun 2011.

Katanya, masalah teknikal menyebaabkan gambar-gambar itu hilang daripada sistem sehingga kehilangan itu dikesan.

Dan, gambar-gambar itu dimuat naik semula selepas FBI mendapati ia hilang,” kata jurucakap itu. – MalaysiaGazette