BERN- Pengawal selia kewangan Switzerland masih menyiasat UBS Group AG dan tiga bank swasta yang lain berhubung kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram milik entiti Kerajaan Malaysia yang dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Masih terdapat kes yang berkaitan dengan 1MDB yang belum dimuktamadkan” kata Mark Branson, Ketua Pegawai Eksekutif Finma, sebuah badan pemikir kewangan.

Beliau menambah, empat bank  lagi masih dalam penelitian Finma.

Empat kes masih tidak dapat diselesaikan, termasuk prosiding penguatkuasaan terhadap UBS, sebuah bank Swiss terbesar, menurut Vinzenz Mathys, jurucakap Finma.

Bagaimanapun, Mathys tidak memaklumkan identiti tiga bank yang lain.

Pengawal selia dan pendakwa raya di Amerika Syarikat, Singapura dan negara-negara lain telah menyiasat bagaimana bank-bank digunakan untuk menyalurkan wang daripada 1MDB.

Finma yang berpangkalan di Bern ditubuhkan pada tahun 2007 untuk menyelia bank-bank, syarikat insurans dan syarikat kewangan yang lain, telah menyekat tiga pemberi pinjaman negara itu yang terlibat dalam kes tersebut.

Finma telah menyita keuntungan daripada Coutts & Co di Zurich selepas unit perbankan swasta antarabangsa itu membenarkan sejumlah AS$2.4 bilion aset berkaitan 1MDB menggunakan akaun di Switzerland.

Coutts & Co di Zurich sebelum ini dimiliki oleh Royal Bank of Scotland Group Plc.

Ia juga mengenakan tindakan ke atas Lugano, BSI SA yang berpangkalan di Switzerland dan Falcon Private Bank of Zurich tahun lepas.

“Kes anti-penggubahan wang haram sentiasa ada. Kebimbangan besar kami ialah institusi-institusi Swiss arau unit-unit bank-bank Swiss terlibat dalam kes penggubahan wang yang besar,” kata Branson, bekas kakitangan UBS dan Credit Suisse Group AG. – MalaysiaGazette