Rakaman menunjukkan seorang lelaki mengambil chopstik dari atas sebuah meja. foto SCMP

BEIJING – Seorang pesakit mental lelaki di China menikam empat pesakit wanita dengan chopstik di sebuah hospital.

Tiga daripada wanita itu meninggal dunia.

China Daily melaporkan tragedi itu menyebabkan hospital berkenaan ditutup bagi siasatan.

Shanghai Daily melaporkan serangan itu berlaku pada 24 Februari lalu di Hospital Luoning Dazhong di Wilayah Henan.

Penyerang dikenal pasti sebagai Yang Shitou diikat pada katil dengan tali dalam ward yang turut menempatkan pesakit lain yang mengalami sakit mental yang teruk.

Rakaman pengawasan yang diperoleh menunjukkan Yang – seorang pesakit skizofrenia dan dimasukkan ke wad kerana kecenderungan berbahaya – berjaya melepaskan diri  pada kira-kira 8.28 pagi, sebelum mengambil chopstik di atas meja kopi di wad.

Beliau kemudian dilihat mengikat tali kasut dan berjalan ke bilik lain.

Kira-kira dua minit kemudian, Yang semula masuk ke dalam bilik dan menikam dua wanita secara berturut-turut.

Dua kakitangan perubatan masuk ke dalam bilik kurang daripada satu minit kemudian menahan Yang.

Salah seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan, menurut China Daily.

Semua mangsa mengalami kecederaan otak, Shanghai Daily menulis, sambil menambah Yang telah ditahan polis untuk siasatan. – MalaysiaGazette