Sebahagian wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan berasingan menerusi Ops Hiburan dan Ops Noda yang dijalankan di sekitar negeri ini bermula 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi ini.

JOHOR BAHRU – Biarpun operasi menggempur pusat-pusat hiburan giat dijalankan polis di negeri ini, namun masih ada lagi yang berdegil dengan menjalankan operasi tidak bermoral.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamag berkata, bermula 12.30 tengah malam tadi hingga 4.30 pagi ini, polis negeri ini menggempur sebanyak lapan pusat hiburan di negeri ini.

wanita-warga-asing“Dalam serbuan menerusi Ops Hiburan dan Ops Noda dengan kekuatan 50 pegawai dan anggota, seramai 63 individu termasuk 55 wanita warga asing berusia antara 25 hingga 37 tahun ditahan.

“Wanita warga asing masing-masing terdiri daripada 31 rakyat Vietnam dan 24 rakyat China ditahan kerana dipercayai menjalankan aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini hari ini.

wanita-warga-asing1Tambahnya, lapan orang lagi termasuk seorang wanita merupakan rakyat tempatan.

Beliau berkata, dalam serbuan itu juga, seramai 17 lelaki yang didapati positif dadah jenis amphetamine, hasil ujian saringan awal air kencing turut ditahan.

“Serbuan dijalankan di sekitar bandar raya ini, Iskandar Puteri, Muar, Kluang dan Segamat,” katanya semua mereka ditahan atas pelbagai kesalahan.

Kamarul Zaman berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen, Seksyen 11 (2) dan Seksyen 6 (2) Enakmen Negeri Johor dan Seksyen 55 (B) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen. – MalaysiaGazette.