Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPORE – Harga minyak Amerika Syarikat melonjak bagi sesi keenam berturut-turut, sekali gus mencecah para tertinggi dalam tempoh lima minggu susulan serangan Amerika Syarikat ke atas Syria dan penutupan medan minyak terbesar Libya.

Niaga hadapan West Texas Intermediate naik 0.2% kepada AS$53.18 setong. Kenaikan harga sepanjang enam sesi itu adalah lonjakan paling panjang setakat tahun ini.

Brent pula menokok 0.2% kepada AS$56.07 setong.

Medan minyak Sharara ditutup pada Ahad lalu selepas sebuah kumpulan menghalang sambungan paip ke terminal.

Medan minyak itu baharu sahaja beroperasi semula selepas ditutup seminggu pada awal bulan ini.

Meskipun Syria hanya menghasilkan sejumlah kecil minyak, tetapi Asia Barat mengeluarkan lebih daripada suku bekalan minyak dunia.

Lantaran itu, harga minyak terus mengukuh di sebalik kenaikan pengeluaran minyak syal. – MalaysiaGazette

Comments are closed.