Pasukan penyelamat mengeluarkan mayat yang tertimbus selepas kawasan pelupusan sampah runtuh di Sri Lanka. foto Agensi

COLOMBO – Sekurang-kurangnya 16 orang termasuk empat kanak-kanak maut selepas tempat pembuangan sampah runtuh dan menimpa kediaman penduduk di Sri Lanka.

Longgokkan sampah setinggi 91 meter runtuh selepas berlaku banjir dan terbakar, kemudian runtuh.

Kira-kira 40 buah yang terletak di hujung kawasan pembuangan sampah itu musnah serta kanak-kanak berumur antara 4 dan 11 terkorban.

Penduduk di kawasan berkenaan telah menyatakan kebimbangan tentang keselamatan mereka sebelum ini dan meminta lokasi itu dibersihkan.

Kira-kira 800 tan sisa pepejal dihantar di pusat pelupusan Meethotamulla setiap hari.

Seorang mangsa lelaki yang tertimbus telah dikeluarkan.

Pasukan pencari menganggarkan kira-kira 20 orang tertimbus dalam rumah yang musnah dan tidak menolak bilangan itu lebih tinggi kerana penduduk tidak meninggalkan kediaman masing-masing semasa kebakaran berlaku, beberapa jam sebelum kawasan pelupusan sampah itu runtuh. – MalaysiaGazette