Najib Razak

KUALA LUMPUR – Barisan NasionalĀ perlu belajar daripada apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dahulu .

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu perluĀ tangkas dalam bertindakbalas dan tidak terperangkap, sepertimana yang berlaku pada hari mengundi pada PRU 13 di mana pembangkang telah menyebarkan berita palsu kononnya BN membawa masuk pengundi Bangladesh dan kerajaan mewujudkan keadaan blackout di tempat tertentu untuk memanipulasi undi.

“Cerita ini semua langsung tidak masuk akal, tetapi ramai terpedaya dengan berita ini yang sedikit sebanyak membawa kesan kepada pengundi dan pilihan raya itu sendiri.

“Saya jangkakan bahawa dalam Pilihanraya Umum yang akan datang, pembangkang akan kembali menggunakan taktik kotor serupa, melontarkan sesuatu yang tak terfikir oleh kita nanti untuk membuatkan orang marah dan benci pada kita.

“Ingatlah bahawa pembangkang hanya berpegang kepada satu prinsip sahaja iaitu ‘If you cannot convince them, confuse them’ (Jika anda tidak dapat meyakinkan mereka, kelirukan mereka),” katanya dalam laman blog beliau hari ini.

Menurut Najib, taktik kotor pembangkang amat jelas dan jika mereka tidak dapat meyakinkan pengundi agar mempercayai janji-janji kosong atau kata-kata manis itu, modus operandi mereka adalah untuk mengelirukan rakyat agar menimbulkan ketidakpercayaan serta kemarahan terhadap kerajaan BN.

“Kita sudah lama berada dalam ‘defensive mode’. Cukuplah. It is now time to attack! (Kini masa untk menyerang!) tambah beliau.

Ujarnya, dengan semangat juang dan perpaduan sesama ahli, BN mampu memperoleh kejayaan besar dalam PRU 14 dan Putrajaya akan kekal milik parti itu. – MalaysiaGazette