Workers work at a construction site in front of Shanghai's financial district of Pudong in Shanghai, China March 27, 2017. REUTERS/Aly Song

BEIJING – Ekonomi China berkembang 6.9 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, pertumbuhan lebih pantas berbanding jangkaan awal, disokong oleh prasarana kerajaan dan pasaran perumahan yang menunjukkan tanda-tanda terlampau panas.

Undian penganalisa oleh Reuters menjangkakan ekonomi berkembang 6.8 peratus pada suku pertama, sama seperti suku terakhir 2016.

Pertumbuhan suku pertama adalah yang terpantas sejak suku ketiga 2015.

Kerajaan mensasarkan pertumbuhan adalah sekitar 65 peratus, rendah sedikit berbanding sasaran tahun lepas iaitu 6.5- 7.0 peratus dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar adalah 6.7 peratus.

Pertumbuhan paling lemah dalam tempoh 26 tahun.

Walaupun data tersebut mengagumkan setakat ini, namun para penganalisis menjangkakan ekonomi kedua terbesar dunia itu akan hilang rentak menjelang hujung tahun berikutan impak daripada langkah-langkah rangsangan yang mula hilang dan tindakan pihak berkuasa tempatan meningkatkan penguatkuasaan untuk mengekang harga rumah.

KDNK pada Januari-Mac meningkat 1.3 peratus bagi perbandingan sukuan berbanding tiga bulan terdahulu.