Home Ekonomi Petronas kukuh pasaran LNG di wilayah selatan China

Petronas kukuh pasaran LNG di wilayah selatan China

Petroliam menerusi anak syarikatnya, Petronas LNG Ltd. berjaya menghantar gas asli cecair (LNG) ke South Korean Oil Refining Company (S-Oil Corporation).

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengukuhkan perniagaan gas asli cecair (LNG) di China dengan meneroka pasaran di wilayah selatan negara itu.

Naib Presiden LNG Marketing & Trading, Ahmad Adly Alias berkata, Petronas merancang meningkatkan kuantiti bekalan kepada pembeli sedia ada.

Menurut beliau, sebuah pejabat perhubungan dibuka di Beijing untuk memudahkan pertumbuhan perniagaan LNG di negara itu.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata, Petronas mempunyai hubungan perdagangan LNG yang kukuh t dengan China dan prospek pertumbuhan adalah baik.

Perdagangan LNG Petronas ke China bermula pada 2006 dengan bekalan bagi tempoh 25 tahun kepada Shanghai LNG Co Ltd. dan mengembangkan pasarannya di China dengan tambahan pelanggan LNG di selatan China. – MalaysiaGazette