MANILA – Tujuh orang cedera apabila dua letupan bom yang menggegarkan sebuah stesen minyak di bandar selatan Filipina berhampiran kawasan pemberontak, kata polis.

Satu letupan telah berlaku pada malam Isnin di atas bumbung stesen petrol di bandar Tacurong di Pulau Mindanao.

Dua anggota tentera, tiga anggota polis dan dua orang awam cedera apabila satu letupan kedua berlaku beberapa minit kemudian semasa pasukan keselamatan mengawal kawasan tersebut, kata jurucakap polis wilayah, Supritenden Romeo Galgo.

Dua suspek telah ditahan tetapi motif dan identiti mereka masih disiasat.

“Kami tidak boleh menyimpulkan kejadian itu adalah tindakan keganasan. Kami sedang melihat seluruh aspek,” katanya.

Bandar-bandar berdekatan juga merupakan kediaman pemberontak komunis – pemberontakan paling lama di Asia dan kejadian itu telah dikaitkan dengan peras ugut, tambah Galgo.

Letupan berlaku di Mindanao yang berhadapan dengan pemberontakan Islam dan jenayah yang tinggi.

Mindanao adalah tanah air minoriti Islam di Filipina sebahagian besarnya Katolik. – MalaysiaGazette