Home Ekonomi Noorazman dilantik timbalan pengerusi UEM Group

Noorazman dilantik timbalan pengerusi UEM Group

KUALA LUMPUR – UEM Group Bhd melantik Datuk Noorazman Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi bukan eksekutif mulai 14 April lalu.

Noorazman adalah ahli lembaga pengarah UEM Group sejak 15 November 2010.

Beliau juga adalah pengarah eksekutif Khazanah Nasional Berhad dan pengarah eksekutif yang menyelia pejabat serantau Khanzah Turkey.

Noorazman menyertai Khazanah Nasional pada bulan Mei 2010 selepas menyertai Fajr Capital Ltd, syarikat pelaburan Khazanah dua tahun setengah. – MalaysiaGazette