MANCHESTER – Ander Herrera yang menampilkan aksi memukau musim ini bakal ditawarkan kontrak baharu bernilai £120,000 (RM679,430) seminggu di Old Trafford pada musim panas ini.

Menurut laporan Mail Online, pemain antarabangsa Sepanyol itu kini menjadi salah seorang watak paling penting dalam pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho.

Manchester United juga mengambil kira prestasi luar biasa Herrera dalam membantu menewaskan Chelsea baru-baru ini ketika menawarkan ganjaran itu.

Pemain berusia 27 tahun itu mempunyai kontrak berbaki setahun lagi selepas menyertai Manchester United pada tahun 2014.

Kelab itu bagaimanapun sebelum ini memberi pilihan untuk melanjutkannya kepada 12 bulan lagi.

Malah Herrera pada Februari lalu berbesar hati untuk mengadakan rundingan berhubung kontraknya. – MalaysiaGazette