MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester United, Matteo Darmian telah menamakan rakan sepasukannya, Marcus Rashford sebagai seorang pemain yang paling penting di dunia.

Pemain antarabangsa Itali itu berkata, pemain berusia 19 tahun itu juga berjaya memenuhi potensi yang luar biasa itu pada usia yang masih muda.

“Sudah tentu, Rashford telah mencapai matlamatnya dengan baik.

“Marcus adalah seorang pemain yang hebat dan dia masih muda. Saya rasa beliau amat penting bagi kami dengan kualiti yang dalam dirinya.

“Dia boleh menjadi salah seorang pemain utama, salah seorang pemain yang paling penting di dunia, kerana dia bermain sangat baik di setiap bahagian permainan,” katanya.

Matteo menambah, Rashford memiliki tendangan yang sangat padu, pergerakan yang baik dan kelajuan.

“Dia akan menjaringkan gol dan kadang-kadang ia juga normal apabila pemain mempunyai tempoh di mana mereka tidak menjaringkan gol.

“Tetapi saya berharap dia boleh terus seperti ini untuk membantu pasukan mencapai objektif,” katanya. – MalaysiaGazette