Syamsul Yusof bersama isteri, Puteri Sarah dan Syaikhul Islam (gambar kecil).

PELAKON, pengarah muda, Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi lelaki.

Berita itu disahkan sendiri oleh Syamsul di laman Instagramnya hari ini dan memuat naik gambar anaknya yang diberi nama Syaikhul Islam.

“Pejuang Islam itu muncul dalam pelbagai medan,bidang dan cara. Mudah-mudahan kamu menjadi pejuang islam yg ikhlas wahai Syaikhul Islam Mohd Shamsul.

Marhaban ya Syaikhul Islam..Marhaban..Terima kasih isteriku”

Pasangan ini telah bernikah dalam sebuah majlis ringkas di Masjid Al Mukarramah, Bandar Sri Damansara pada 8 Mac 2014.

Syamsul bakal mengeluarkan filem Munafik 2 tidak lama lagi selepas filem Munafik mendapat sambutan hangat. – MalaysiaGazette