Pelakon Fattah Amin dan Neelofa masing-masing merangkul Anugerah Top Top Meletop Lelaki dan Wanita pada Anugerah Meletop Era 2017 di Stadium Melawati, Shah Alam. foto IQBAL BASRI, 23 APRIL 2017.

SHAH ALAM – Bekas pasangan kekasih, Fattah Amin serta Neelofa mendominasi Anugerah Meletop Era 2017 (AME2017) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Pasangan hero dan heroin drama Suri Hati Mr. Pilot berjaya menggungguli kategori utama Anugerah Top Top Meletop Lelaki dan Wanita malah membawa pulang trofi Drama MeleTop.

Fattah juga membawa pulang Pelakon TV Meletop mengetepikan calon-calon lain termasuk Neelofa.

Selain itu, aktor turut membawa pulang trofi Bintang Online Meletop di samping satu lagi kemenangan menerusi Fesyen Meletop.

Neelofa pula menjadi pilihan pengundi sebagai Hos Meletop selain rancangan TV yang dihoskannya, Taste Selebriti pula dipilih selaku Program Meletop.

Pemenang bagi kategori lain adalah Khai Bahar yang diangkat sebagai Artis Baharu Meletop; Johan (Penyampai Radio Meletop dan Artis Lawak Meletop) dan Johara Pagi Era (Program Radio Meletop).

Turut memenangi trofi AME2017 ialah Akim Ahmad dan Stacy Anam (Couple Meletop); Datuk Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir (Duo Meletop); Siti Nordiana (Penyanyi Meletop); Ayda Jebat (Lagu Meletop); Munafik (Filem Meletop) dan Fasha Sandha (Bintang Filem Meletop).

AME2017 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria dan diacarakan oleh Neelofa, Nabil Ahmad serta Johan Yazid. – MalaysiaGazette