Gambar hiasan

BANGKOK – Seorang lelaki yang marah kerana isterinya meninggalkannya, menggantung anak mereka yang berusia 11 bulan sebelum menggantung dirinya di sebuah bangunan di daerah Thalang Phuket pada hari Isnin lalu.

Beliau memaparkan tindakannya ke atas bayi perempuan itu secara live di Facebook.

Bapa berusia 21 tahun itu didakwa menyiarkan kejadian tragis itu pada kira-kira jam 5.45 petang selama kira-kira empat minit.

Tayangan live itu menarik banyak penonton dan menjadi viral, telah menarik perhatian ibu untuk mendapatkan bantuan polis.

Namun usahanya sudah terlambat.

Pada siaran itu, lelaki itu dilihat duduk dengan bayi perempuan di atas bumbung di sebuah bangunan bertingkat.

Beliau kemudian mengikat tali pada leher bayi tersebut dan menjatuhkan anaknya dari atas bumbung. Terdengar suara bayi menangis sekejap.

Lelaki itu kemudian menarik bayi tersebut lalu membuka ikatan dan bayi itu menangis buat kali terakhir.

Ibu berusia 21 tahun dilaporkan pergi ke Balai Polis Thalang kira-kira 06:30 selepas melihat klip live itu.

Polis telah melakukan pencarian di sebuah bangunan seakan-akan yang dilihat dalam klip Facebook itu dan akhirnya mendapati ia terletak berhampiran sebuah hotel lima bintang di Pantai Naithon di daerah Thalang.

Polis menemui lelaki itu dalam keadaan tergantung di dalam bangunan dan mayat bayinya di atas bumbung.

Ibu bayi malang itu berkata, dia bergaduh dengan suaminya selepas lelaki itu mengesyaki dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Wanita itu meninggalkan rumah selepas suaminya mengancam untuk membunuhnya pada pukul 3 pagi Isnin lalu. – MalaysiaGazette