Rani Kulup tampil dalam Showcase kumpulan Ukays

KUALA LUMPUR – ‘Kipidap Dongibab’ yang sinonim dengan Raja Report Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah bakal menjadi penampilan istimewa dalam satu persembahan kumpulan penyanyi Ukays di Hard Rock Cafe, di sini pada 14 Mei ini.

Persembahan julung kali kumpulan legenda itu yang akan bermula dari jam 3 hingga 6 petang turut menampilkan jemputan khas iaitu band Sometimes Group bagi memeriahkan acara tersebut.
Kehadiran Rani Kulup dijangka menggamatkan suasana selain menampilkan kelainan dalam persembahan kumpulan Ukays.
rani2
Nama Rani Kulup yang semakin naik dan mempunyai peminat serta penyokongnya tersendiri di samping band muzik yang lebih santai dijangka dapat membantu mempromosikan showcase berkenaan.
Tiket showcase yang berharga RM60 itu mula dijual sejak Selasa lalu turut menggunakan wajah Rani Kulup yang berpakaian pasukan keselamatan sebagai daya tarikan peminat.
Bagaimanapun showcase ini hanya untuk peminat muzik lagenda yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. – MalaysiaGazette