KUALA LUMPUR- Sempena bulan Ramadhan ini, Hotel Sama-Sama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menawarkan bufet berbuka puasa bertemakan Seribu Satu Rasa.

Menurut satu kenyataan di sini, pasukan kulinari hotel berkenaan yang diketuai Sous Eksekutif Chef Alias sibuk menyediakan pelbagai hidangan popular tempatan untuk dihidangkan kepada tetamu.

Antaranya adalah makanan tradisi keluarga yang diperturunkan dari generasi ke generasi dari kampung-kampung di seluruh negara serta makanan ala gerai yang lazat.

Buffet merangkumi stesen masakan secara langsung, gerai-gerai makanan ala penjaja, makanan laut di atas ais, panggang dan barbecue.

Apa yang menarik, hidangan istimewa tukang masak terkenal, Chef Ammar seperti kambing panggang berempah dengan nasi Mandi dan krim pudina, kambing panggang berempah dengan nasib kabsah serta nasi herba diiringi pelbagai jenis salad dan pembuka selera yang lain.

Turut dihidangkan Hummus Bairuty serta pelbagai jenis pemanis mulut seperti baklava, um Ali dan puding nasi.

Surau turut disediakan kepada pengunjung untuk menunaikan solat termasuk solat terawih.

Buffet Seribu Satu Rasa berharga RM125 bersih untuk seorang bagi dewasa dan RM60 bersih untuk kanak-kanak.- MalaysiaGazette