Pelbagai dadah yang dirampas oleh STING dalam operasi di Kuala Lumpur dan Johor.

KUALA LUMPUR – Enam orang dalam operasi dadah oleh Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) di ibu negara dan Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, sejumlah 64 kilogram syabu, 61 kilogram ketamine, 23,000 pil ecstacy turut dirampas.

“Syabas STING @PDRMsia tadi tkap 6 org di KL dn Johor, rampas 64 kg Syabu, 61 kg ketamine, 23K pil xtacy dll. #GoPDRMGo,” katanya menerusi Twitter. – MalaysiaGazette