Gareth Bale
Gareth Bale

MADRID – Pemain sayap, Gareth Bale dikatakan ingin meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini untuk kembaliĀ beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Satu sumber dari kelab itu mengesahkan berita itu selepas Bale meluahkan keinginannya baru-baru ini.

Berita hangat tersebut juga mengaitkan hasrat pemain Wales itu mahu bekerjasama dengan bekas pengendali Los Blancos, Jose Mourinho.

Bale dikatakan menetapkan satu ‘syarat’ wajib kepada pasukan kendalian Mourinho itu agar layak dalam aksi Liga Juara-Juara.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez pula dilaporkan sudah ‘tawar hati’ dengan prestasi BaleĀ akibat kecederaan berpanjang yang melanda bekas pemain termahal dunia tersebut. – MalaysiaGazette