MANCHESTER – Manusia terpantas di bumi, Usain Bolt berkata, hanya terdapat satu kelab yang sesuai untuk bintang Arsenal, Alexis Sanchez untuk berhijrah.

Pemegang rekod dunia 100 meter itu menamakan Manchester United sebagai kelab tersebut.

“Saya tahu bahawa dia bermain untuk Arsenal namun dia harus pergi.

“Dia akan menjadi hebat di United kerana dia seorang pemain yang saya selalu bercakap banyak tentang dirinya.

“Dia mampu mengambil bola dan mencipta peluang untuk pemain lain serta membuktikan dirinya untuk menjadi salah satu pemain yang terbaik di dunia,” kata Bolt yang merupakan peminat tegar United.