The aircraft carrier USS Carl Vinson (CVN 70) transits the Sunda Strait April 15, 2017. U.S. Navy Photo by Mass Communication Specialist 2nd Class Sean M. Castellano/Handout via REUTERS

WANGSHINGTON_ Kawalan tentera laut Amerika Syarikat (AS) ke atas Laut China Selatan akan diteruskan sebagai salah satu cara negara tersebut untuk mencabar “tuntutan melampau maritim terhadap kawasan yang sedang direbut, kata Komander Tentera Laut Amerika.

AS beroperasi di wilayah Asia Pasifik setiap hari termasuk di Laut China Selatan.

 

“Kami akan meneruskan FONOPs kerana kami telah melakukannya sebagai rutin pada masa lalu dan akan meneruskannya pada masa akan datang,” kata Komander Gary Ros dalam satu emaill sebagai jawapan kepada apakah operasi navigasi Amerika Syarikat (FONOPs) telah digantung.

 

Tambah beliau, kawalan tersebut bukan mengenai mana-mana negara.

Beliau juga tidak menyebut mengenai tuntutan China terhadap kawasan yang menjadi rebutan banyak negara itu.

Terdapat spekulasi yang mengatakan Presiden Donald Trump mahu mengurangkan FONOPs.-MalaysiaGazette