LONDON – Arsene Wenger memuji karakter Arsenal selepas pasukan bimbingannya terus memberi tekanan kepada Liverpool dan Manchester City dalam mengejar slot ke kelayakan Liga Juara-Juara selepas mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Southampton awal pagi ini.

Gol Alexis Sanchez dan jaringan Olivier Giroud menerusi tandukan pada lewat perlawanan memastikan kemenanagan pertama aksi liga di Stadium St. Mary sejak 2003 bagi membolehkan Arsenal menghuni di tangga kelima liga, tiga mata di belakang City dan empat mata di belakang Liverpool.

Arsenal kekurangan satu perlawanan daripada pasukan bimbingan Jurgen Klopp, dengan memenangi empat daripada lima perlawanan membuatkan Wenger yakin masih boleh membimbing pasukannya menyertai pertandingan kelab elit Eropah untuk kali ke-19 berturut-turut.

“Saya tidak pernah sangsi karakter pasukan saya,” kata pengurus Arsenal itu seperti dilapor The Guardian apabila ditanya mengenai kebangkitan pasukannya selepas tewas kepada Crystal Palace pada bulan lalu.

“Ia bukan kerana anda kalah perlawanan, sedangkan orang ramai menjangka anda memenanginya membuatkan anda ‘tidak mempunyai karekter’.

“Ia merupakan peluang baik untuk menunjukkan karakter anda, bagaimana anda bangkit dan pulih daripadanya. Mungkin perlawanan menentang City (kemenangan 2-1 pada perlawanan separuh akhir Piala FA) memberi keyakinan kepada kami tetapi jangan mempunyai kesimpulan terlalu awal, malah perlu fokus dan berikan sepenuhnya pada perlawanan menentang Stoke Sabtu ini,”.

“Kami tahu kami hanya boleh memenangi perlawanan. Kami lebih banyak bertahan. Kami mempamerkan aksi yang baik ketika menentang Manchester United pada Ahad lalu dan juga mempamerkan aksi yang baik pada hari ini.

“Saya berpendapat, jika anda melihat kepada prestasi individu, anda tidak akan kecewa daripada penjaga gol hingga Danny Welbeck. Setiap pemain bermain dengan baik, oleh itu hanya perlu teruskannya.

“Pengalaman membantu tetapi saya percaya bahawa, untuk kami, adalah penting mengekalkan fokus dalam setiap perlawanan. Kami bermain di venue yang sukar hari ini, begitu juga pada Sabtu ini. Kami perlu beraksi baik menentang Stoke.

Memenangi tiga perlawanan daripada empat perlawanan merupakan penyebabkan kepada optimisme.

“Kami cuba memberi peluang kepada diri kami pada setiap perlawanan,” kata Petr Cech.

“Kami menyukarkan peluang apabila tewas 0-2 kepada Tottenham dan kami sedar kami perlu menang semua baki perlawanan bagi layak (ke Liga Juara-Juara Eropah).

“Kami berhadapan perlawanan penting ketika menentang United dan selepas itu di sini, di mana kami melakukannya dengan baik dalam liga. Kami menghadapi kesukaran pada separuh masa pertama tetapi kami berjaya menjaringkan gol dan layak untuk menang,”.

Apa yang dibimbangi ialah kecederaan Alex Oxlade-Chamberlain yang menyaksikan beliau dikeluarkan pada separuh masa pertama.

“Kami tidak tahu betapa teruknya kecederaan beliau,” kata Wenger.

“Saya tidak tahu (akan menurunkan Chamberlain perlawanan akhir Piala FA) tetapi sekurang-kurangnya dia boleh berjalan dengan betul. – Agensi