Donald Trump - foto Reuters

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mempertahankan tindakannya memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutan (FBI) James Comey semalam.

Trump mendakwa Comey dipecat berikutan pegawai tertinggi itu hilang kepercayaan penduduk Washington dalam siasatan kes e-mel calon Presiden AS, Hillary Clinton.

Semalam Presiden itu berkata, beliau memecat Comey berikutan cara pegawai tertinggi penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat itu mengendalikan skandal e-mel membabitkan bekas calon Presiden dari parti Democrat, Hillary Clinton.

Tindakan itu amat mengejutkan Washington dan menambah kesangsian dalam kalangan ahli Democrat dan orang ramai yang mempunyai prasangka bahawa White House cuma menghalang siasatan FBI yang mengaitkan keputusan pilihan raya tersebut dengan campur tangan Rusia.

Trump memberitahu Comey bahawa dia dipecat semalam selepas didakwa melakukan ‘pertuduhan’ palsu mengenai e-mel Hillary Clinton.

Presiden AS, Donald Trump mendakwa James Comey hilang kepercayaan rakyat Washington dalam kes e-mel Hillary Clinton. Foto Reuters
Presiden AS, Donald Trump mendakwa James Comey hilang kepercayaan rakyat Washington dalam kes e-mel Hillary Clinton. Foto Reuters

Trump juga menafikan tindakannya bermotifkan politik dan menjelaskan kepada pemberita bahawa ‘dia tidak menjalankan tugas dengan baik’.

Trump juga bertindak menggunakan akaun twitter peribadinya untuk mempertahankan tindakannya yang memecat Comey.

“Comey hilang kepercayaan hampir semua orang di Washington, ahli Republican dan Democrat juga.

“Apabila keadaan reda, semua akan berterima kasih kepada saya atas keputusan pemecatan itu,” katanya. – MalaysiaGazette