KUALA LUMPUR – Semalam, tiba-tiba kecoh apabila pelakon Fasha Sandha meluahkan perasaan di di laman Instagram miliknya.

Fasha mendakwa dia telah dihalau di sebuah majlis Fenomena Aidilfitri atas arahan satu lagi pihak lain yang mengugut akan menarik diri jika dia terus berada di majlis berkenaan.

Ini kerana kata Fasha, hasrat itu telah dimaklumkan oleh penganjur kepada rakan baiknya yang juga usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Lalu, terasa hatilah ibu tunggal beranak dua itu, dia merajuk untuk bersiap pulang namun dipujuk oleh rakan-rakan lain.

Pihak penganjur pula tampil untuk menghubungi Sajat semula dan menjelaskan bahawa perkara tersebut hanyalah salah faham.

Penganjur pun satu, Fasha kan ada pengurusan artis dan kenapa perlu memaklumkan kepada Nur Sajat. Berurusan sahajalah dengan pengurusan artis yang jaga Fasha.

Pada masa sama, Fasha turut memuatnaik kenyataan balas dan bersumpah kejadian yang menimpanya pada majlis berkenaan benar benar terjadi.

Ini bagi menafikan dakwaan pihak berkenaan yang menyatakan bahawa apa yang terjadi adalah fitnah semata. Tambah Fasha, dia tidak akan hadir langsung pada majlis yang berkaitan dengan individu berkenaan pada masa hadapan.

Rasanya ramai sudah tahu siapa pihak terbabit iaitu seorang artis dan suaminya artis itu turut mendakwa ia adalah fitnah semata-mata..

Tambahan lagi apabila Fasha turut menyindir dengan mengucap “Selamat Maju Jaya Burung Hantu” dengan hashtag #moveonplease.

Sebenarnya dalam hal ini penganjur yang tidak tegas. Kalau benar ada arahan dari artis tersebut, kena perlu ikut sangat.

Penganjur perlu tegas kalau sudah menjemput Fasha daripada awal.

Apa pun kontroversi dua artis yang pernah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang sama itu tidak membantu industri hiburan pun. Buat semak dan serabut kepala otak lagi ada. – MalaysiaGazette

Comments are closed.