KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Gombak akan mengalami gangguan bekalan air sementara pada 17 Mei ini kerja–kerja menaiktarafkan Rumah Pam Air AU3, Ampang Ulu Kelang.

Gangguan bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam

Kawasan-kawasan yang akan terlibat adalah Ukay Perdana UP1- UP5, Villa Summer set Up 3/7B, sebahagian Kg Sg Sering, Sierra Ukay, Taman Ukay Bistari, Taman Nusa Tropika, Riana Ukay, PPRT Taman Ukay Indah dan Jalan 1/56 – Jalan 13/59 AU3 Keramat.

Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja menaik taraf ini secepat mungkin dan para pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 17 Mei 2017.

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja menaik taraf ini. – MalaysiaGazette