SHANGHAI – Bank Pusat China menyuntik 170 bilion yuan (AS$24.67 bilion) ke dalam pasaran kewangan menerusi operasi pasaran terbuka hari ini bagi mengurangkan tekanan kecairan disebabkan pembayaran cukai korporat dan pembayaran perjanjian semula yang telah matang.

Dalam satu penerangan yang jarang-jarang dibuat oleh People Bank of China (PBoC), bank pusat itu berkata, suntikan bersih terbesar harian dilakukan sejak 19 Januari lalu kerana pihak berkuasa terpaksa merendahkan risiko kewangan dan dalam masa sama memastikan ekonomi tidak ‘ditenggelami oleh dana’.

PBoC menyuntik 150 bilion yuan menerusi pembelian semula perjanjian bon berbalik (reverse bond repurchase agreements) tujuh hari dan 40 bilion yuan menerusi pembayaran semula perjanjian (repos) selama 14 hari.

Sebanyak 20 bilion yuan daripada pembayaran semula perjanjian matang pada hari ini.

Bagi operasi harian,bank pusat itu telah menyuntik dana sebanyak 170 bilion yuan. – MalaysiaGazette